Friday, January 1, 2010

Blog Ini Dihentikan, Mungkin...


Nampaknya jari-jemariku sudah bersedia menekan papan keyboard...

Apakah akan diteruskan jua post kali kali ini...

Mungkin... Ya mesti...

Kini aku membulatkan tekad...



Buat para pembaca yang amat saya hormati sekalian, sebenarnya ingin saya kemukakan satu pengumuman di sini bahawa saya akan menghentikan perjalanan blog saya ini.

Saya ada tetapkan kadar 10 bulan sebagai ke arah merealisasikan pemergian blog ini.

~~~Kenapa 10 bulan?~~~

Saya tetapkan 10 bulan kerana saya ingin menumpukan pembelajaran saya, dan final exam saya tamat selepas bulan yang ke-10.

Dan selepas 10 bulan, saya akan kembali menulis.

Atau mungkin saya tidak akan menulis langsung sampai bila-bila dan selama-lamanya.

Atau mungkin tidak sampai 10 bulan pun saya akan menyambung kembali perjalanan blog ini.

atau mungkin bila-bila waktu sahaja yang saya rasakan perlunya menghidupkan kembali blog saya ini, ketika itulah baru saya akan menyambung penulisan saya.

Atau mungkin juga saya tidak tulis di blog ini, tetapi di blog lain yang berlainan URL-nya. Mungkin.

Jadi post kali ini adalah satu jenis post penentu. Ya, penentuan. Terpulanglah kepada saya untuk menentukan arah mana blog saya selepas ini. Dan saya mempunyai asbab-musabab ke atas apa yang saya tentukan ini. Saya cukup yakin dengan perbuatan saya ini kerana saya punyai alasan yang saya rasa cukup untuk memberhentikan blog buat seketika ini.

Tetapi saya tidak berhajat untuk berkongsi dan menyatakan alasannya di sini. Kerana apa? Kerana ini hanyalah permulaan... permulaan untuk saya menentukan ke arah mana blog nanti sama ada diteruskan, tidak diteruskan sampai bila-bila, dan bila-bila waktu yang saya rasa perlunya menghidupkan blog saya ini.

Justeru, saya ingin meminta maaf seandainya pernah melakukan apa-apa kesalahan dan menyakiti hati mana-mana individu sepanjang saya melibatkan diri dalam dunia penulisan blog ini. Semoga Allah merahmati kamu.


Yang benar,
Nur Muhammad Muhsin,
Tahun 2010.

Wednesday, December 30, 2009

Tersesat Ke Thailand


Hehe, Kenapa post fasal Thailand pula ni? tersesat? Betul ke?

Haa... Sebenarnya saya nak kongsikan satu cerita di sini. Baru-baru ini saya dikehendaki pulang awal ke Matri, Perlis. Kebiasaannya saya pulang ke sana menaiki keretapi dan kali juga sama, saya menaiki keretapi balik ke Perlis.

Pukul 8.00pm saya menaiki keretapi. Saya mencari coach dan katil yang telah saya beli. Coach-nya saya jumpa, tetapi katilnya saya tidak jumpa. Dimanalah katil saya yang bernombor 22? Siapa tahu dimana katil saya? keluh saya ketika itu.

Saya cuba lihat katil atas dan bawah mengikut nombor. Saya lihat ada katil nombor 21, nombor 23, nombor 25. Aik? Mana pula katil nombor 22? Kemana ia menghilang?

Saya lihat 2 orang gadis orang putih berada di sebuah katil yang saya kira ianya katil nombor 22 sebab katil yang diatasnya bernombor 21. Saya pun cuba bertanya?

"Excuse me miss, is it my place?"

Sengaja saya bertanya, sebab saya tidak pasti ianya tempat saya. Gadis itu pun menjawab:

"Oh sorry. But... this is my number 24" katanya sambil menunjukkan tiket mereka.

Saya pun dengan tidak pasti berkata dengan pasti:

"Oh, thats your sit" saya beritahunya sambil tunjukkan tangan ke arah katil lain yang tidak bernombor, kerana saya fikir katil atasnya bernombor 23 maka katil bawah pastilah nombor 24.

Gadis itu kata pula:

"No, look at this" menunjukkan nombor yang tertera pada bahagian paling bawah katil.

Saya pun lihat, ada nombor 24 wujud disitu. Saya pun:

"err... sorry" dan cepat-cepat beredar. Saya teruskan pencarian. Akhirnya saya jumpa. Tetapi geram. Kenapa geram? ahha... saya geram kerana rupa-rupanya katil saya berada berhadapan dengan katil gadis itu sahaja. Penuh sungguh cari. Rupa-rupanya tepi itu je. Grrr....

Selepas solat isyak, saya paksa diri saya tidur supaya tidak mengantuk keesokan hari. Sejak cuti kali ini saya seringkali tidur lambat, dan khawatir jikalau saya saya tidur lewat saya akan terlepas destinasi stesyen saya iaitu Arau, Perlis.

Saya dapat tidur tetapi terjaga pada pukul 1. Dan dari pukul 1-4 saya tidak dapat tidur. Pukul 4 saya tertidur dan bangun pada pukul 9.45. Saya dengan gelabahnya mengeluarkan tiket, saya lihat waktu tiba di Arau sepatutnya adalah 8.30am.

Apa saya sudah terlajak destinasi?

Saya bingkas bangun dari katil. Saya lihat gadis orang putih tadi masih ada didalam keretapi. Saya cuba bertanya:

"Excuse me, do you know this place?"

"I dont know, we are from Australia, and want go to Hatnyai, Thailand" katanya.

Saya pantas meluru kearah seorang chinese dan kata:

"Can you speak malay?"

Chinese tu kata:

"No!"

Saya terus mendapatkan krew keretapi dan memang betul yang saya sudah terlepas Arau dan sedang menuju ke Thailand.

Saya tiba di Thailand pada pukul 9.55am. Saya explain pada pegawai stesyen tersebut yang saya tidak sengaja dan terlepas stesyen. Lagipun saya tiada passport. Pegawai tersebut suruh saya beli tiket keretapi Thailand menuju ke Malaysia.

Saya pergi ke kaunter tiket. Ramai orang sedang berbaris. Sampai giliran saya, saya cuba tanya yang mana satukah menuju ke Malaysia... penjaga kaunter tu tunjuk, dan saya pandang. Saya nampak....

Apa yang saya nampak?

Haa... saya nampak sebuah pemandangan yang amat tidak berhati perut. Saya lihat sebuah keretapi Thailand yang akan menuju ke malaysia baru sahaja bertolak. Sungguh tidak percaya.

Abang kaunter tu cakap:

"kamu boleh beli tiket ke Arau, tapi waktu bertolaknya pukul 5pm nanti ler".

Saya lihat jam, tepat pukul 10am, masih ada 7 jam untuk pulang. Waktu dirasakan terlalu lama. Saya kebosanan. Saya tunggu di sebuah surau hingga ke petang barulah saya pulang ke Malaysia.

p/s moral: 1. Tak baik tido lama-lama, lagi-lagi waktu pagi, kan dah kena.

Saturday, December 19, 2009

Saya Seorang Yang Gagap? Betulkah?


Benarkah? Apa benar saya seorang yang gagap?

Sebuah persoalan timbul. Soalan sebegini terus terang saya katakan, ianya akan saya jawab.

Ya, benar saya seorang yang gagap. Susah dalam berbicara. Sukar dilafazkan perkataan dari mulut. Memerlukan usaha untuk menyebut setiap perkataan.


Baru-baru ini saya menghadiri ekspidisi HaluanSiswa untuk batch kelahiran 1991. Di dalam ekspidisi ini, peserta-pesertanya terdiri daripada lepasan Sekolah angkat Haluan iaitu, Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah, Sekolah Menengah Ibn Khaldun, dan Sekolah Menengah Agama Kg.Laut.

Dalam banyak-banyak aktiviti yang dijalankan, ada satu aktiviti yang membuatkan saya teringat mengenai gagap ini. Aktiviti tersebut ialah aktiviti “Kenalkah kita akan sahabat kita?” yang mana melihat kepada sejauh mana kita kenal sahabat kita. Peserta diberi sehelai kertas dan ditulis diatasnya data diri yang membolehkan sahabat kita mengecam dan mengenalpasti sahabatnya.

Saya terfikir ketika itu:

“Bagaimana kalau saya letakkan data diri saya sebagai seorang yang gagap? Saya pasti 90% peserta yang ada di situ tidak akan dapat kenal saya.”

~~Kenapa saya katakan sebegini rupa?~~

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya saya seorang yang gagap. Saya gagap sejak kecil. Penyakit gagap ini sinonim sejak saya lahir. Allah SWT telah menentukankannya. Dan sebenarnya, yang tahu mengenainya hanyalah sahabat-sahabat saya yang pernah bersama saya dalam usia sekolah rendah dan sekolah menengah. Tidak pernah saya khabarkan, tidak pernah saya beritahu kepada sesiapa selain mereka.

Dan kini penyakit ini tiada lagi pada saya, saya boleh sahaja berbicara seperti biasa, normal sama seperti sahabat-sahabat semua. Tetapi saya sedar, bila mana saya mahu berucap di khalayak ramai, penyakit itu seakan-akan datang kembali tanpa dijemput. Kadangkala saya terpaksa bataskan bicara saya semata-mata disebabkan perkara ini.

Penyakit ini hilang ketika saya di darjah 3 hingga 6. Pernah sekali saya diberi tugasan oleh guru untuk membuat presentation kumpulan kepada satu kelas semasa di tingkatan satu. Bila mana saya berucap, penyakit gagap ini datang. Saya kelu untuk berkata-kata walaupun didalam kepala saya sudah tersiap sedia pelbagai perkara yang saya mahu ucapkan. Tetapi tidak mampu hingga terpaksa ditukar ganti oleh pelajar lain untuk bantu habiskan presentation tersebut.


Malah bukan setakat itu, sejak peristiwa itu, saya gagap selama sebulan. Dan selama sebulan juga saya terpaksa berdiam diri. Menutup bicara. Jikalau saya buka mulut, hanya gagap sahaja yang keluar, saya penat menutur lafaz kata, orang lain sukar memahami. Itu lah yang pernah berlaku dalam hidup saya. Sebab itu kadangkala saya terpaksa bataskan percakapan saya, bicara dan ucapan saya. Saya terpaksa menanggung risiko sekiranya penyakit ini datang kembali.


Akan tetapi wahai sahabat semua, Saya tidak beranggapan bahawa perkara ini yang menjejaskan bicara saya. Saya cuba katakan pada diri saya bahawa sebenarnya saya sebenarnya yang tiada keberanian. Saya tiada Keberanian untuk berbicara kepada khalayak umum, malah yang lebih besar lagi bagi saya ialah saya tiada keberanian untuk berubah. Seolah-olah saya seronok untuk kekal tanpa perubahan, bergembira dengan pemikiran lama.

Justeru, saya cuba motivasi diri saya untuk tidak mengatakan bahawa ini sudah takdir daripada Allah untuk saya yang berpenyakit gagap sejak kecil ini, dan saya cuba katakan bahawa saya sendiri yang tiada usaha ke arah mengubah diri saya supaya saya tergerak untuk memperbaiki diri saya ini. Saya pasti yang ayat Allah ini sesuai untuk situasi saya ini:

“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anfal, Ayat 53)




Siapa lagi yang boleh mengubah diri kita? Bukankah kita? Renung-renungkanlah.