Langkah pertama untuk merubah diri (jiwa) seseorang ialah Doa dan pengharapan kita kepada Allah SWT.
Lihatlah pada Nabi Yunus Alaihissalam, ketika mana beliau di dalam perut ikan, dikelilingi kelamnya malam, gelapnya lautan dan gelitanya perut ikan. Beliau merasa tidak selesa, maka ketika itu beliau berdoa dan menyatakan pengharapannya kepada Allah yang keluar dari dasar lubuk hatinya: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri" [Al-Anbiya', ayat 87]
Maka lihatlah betapa Kasihnya Allah SWT terhadap mereka yang berdoa kepadanya. Allah SWT membalas doa Nabi Yunus: "Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)" [Al-Anbiya', ayat 88]
Dan lihatlah pula kepada Nabi Muhammad SAW ketika hari peperangan Badar. Beliau melihat tentera musyrikin dalam jumlah yang amat ramai begitu juga senjatanya yang banyak, lalu beliau melihat pula tentera islam bersama senjatanya yang sedikit. Bayangkan, apa rasanya yang Rasulullah SAW lakukan setelah melihat keadaan tersebut?
Rasulullah SAW mengangkat tinggi kedua belah tangannya sehingga jatuh selendangnya seraya berdoa:
"Ya Allah! Wahai Tuhanku, jika Engkau binasakan pasukan tentera islam yang kecil ini maka Engkau tidak akan disembah lagi di bumi selepas ini" [Riwayat Muslim]
Tidakkah kita melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW ketika mana merasa lemahnya jiwa? Lihatlah, Rasulullah SAW berdoa dan meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah SWT. Maka kita pada hari ini wajib mencontohi beliau dengan meletakkan pengharapan kepada Allah SWT didalam segala urusan kehidupan kita.
Kesimpulannya:
1. Untuk merubah diri (jiwa), kita perlukan bantuan dan dorongan. Letakkanlah Allah SWT sebagai tempat kita berharap yang paling utama.
2. Golongan Nabi begitu juga Rasulullah juga pernah melalui saat-saat lemah jiwa. Lalu apa yang mereka lakukan? Berdoa dan berharap kepada Allah itu lah yang mereka pilih kerana merasakan kekerdilan diri dan merasakan betapa Agung dan kasihnya Allah SWT.
Mari kita contohi mereka, luahkan segala bantuan kepada Allah SWT.
Hidup kita ini, Moga Allah Redha (",)
1 comments:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment