
Jordan kah??
Dalam kehidupan kita ini, kadangkala akan tiba detik-detik kita terpaksa membuat pilihan. Saban waktu, pilihan yang terlampau banyak memeningkan kepala dan tidak terurai belitannya. Tetapi adakah kita hendak membiarkan ianya sahaja sehingga masalah itu menjadi hablur ais kutub yang payah untuk dipecah cairkan? sudah tentu sekali-kali tidak bahkan kita akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari penyelesaiannya meskipun terpaksa meminta pertolongan dari pihak lain.
- PENGHARAPAN KEPADA ALLAH
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, pasti Allah berdaya menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan siapa yang Ia kehendaki dan menyeksa siapa yang Ia mahu (menurut undang-undang peraturan-Nya). Ingatlah, Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya."(Ayat 284)
Lihatlah betapa jelas Allah memberitahu kita, bahawa Dia lah yang menguasai setiap sesuatu, malah jika seandainya kita menyembunyikan sesuatu, Allah mengetahuinya dan tidak terlepas sesuatu perkara pun melainkan diketahui oleh Nya. Oleh yang demikian, pengharapan kita hendaklah hanyasanya kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:
"Aku ini adalah seperti apa yang hamba ku sangkakan, dan Aku bersamanya sekiranya dia mengingatiKu".
Jika seandainya kita menyangka bahawa Allah SWT ingin menolong kita, maka betullah Allah akan menolong kerana sangkaan kita itu tadi sangkaan yang baik kepada Allah. Seandainya kita menyangka dan berfikir bahawa Allah akan menolong kita ketika kita susah atau ketika ditimpa sesuatu masalah, maka tidak lain dan tisak bukan Allah pasti akan menolong kerana sangkaan kita baik dan kita yakin Allah akan menolong. Tetapi seandainya pula kita tidak yakin dan menyangka bahawa Allah tidak menolong, maka kita bersangka buruk dengan Allah dan betullah sangkaan kita itu, Allah SWT tidak akan bersama-sama dengan kita kerana sangkaan buruk kita kepada-Nya.
Allah SWT juga berfirman bahawa Dia akan bersama dengan hambaNya sekira seseorang hamba itu mengingatiNya, justeru saya ingin mengajak kita semua dalam apa jua pekerjaan dan perkara yang kita lakukan hendaklah kita mengingati Allah. Apabila kita mengingatiNya, Allah SWT akan bersama-sama dengan kita, dan apabila Dia bersma-sama dengan kita, maka tak lain dan tak bukan pertolongan Allah itu akan hadir kepada kita, dikala itu tiada perkara yang lebih besar selain keberadaan Allah dan pertolongan dariNya.
Akhir kalam, ingatlah Allah sebaik-baik penolong dan tempat pengharapan.
Cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (Surah An-Nisa', ayat 45)
Kesimpulannya, tidak kiralah sama ada saya akan ke mesir atau jordan, yang penting Allah sentiasa ada bersama, dan janji kita kekal diatas jalanNya, jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Wallahu A'lam. [Masih lagi mengurus urusan ke jordan dan ke mesir] (",)




0 comments:
Post a Comment